Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday 23 September 2011

SLAI/SLAB

Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) & Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)

GOLONGAN SASARAN

  • Terbuka kepada semua pensyarah IPTA.
  • Konsep Latihan Dalam Perkhidmatan.
  • Tumpuan kepada pengajian Ijazah Sarjana dan Ph.D

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia ;
  • Umur : 35 tahun – Sarjana & 43 tahun – Ph.D
  • Ijazah Sarjana Muda yang baik – CGPA 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas ;
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja ;
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain ;
  • Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan ;
  • Menghadiri dengan jayanya Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara;
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti ;
  • Mendapat tawaran tempat pengajian ;
  • Diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan ;
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS 6.5 bagi pengajian ke luar Negara;
  • Telah menghasilkan sekurang-kurangnya 2 penerbitan ;
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.

 

DOKUMEN PERMOHONAN

  • Borang permohonan JPA (L) LDP 1B/96 ;
  • Salinan surat tawaran universiti yang menawarkan tempat pengajian ;
  • Curriculum Vitae pemohon dan penyelia ;
  • Salinan keputusan ujian Bahasa Inggeris TOEFL / IELTS ;
  • Salinan kad pengenalan dan Sijil Kelahiran pemohon serta ibu dan bapa pemohon ;
  • Salinan Ijazah Pertama dan / atau Sarjana yang berkaitan ;
  • Sijil Kursus Kenegaraan.

 

ELAUN DAN KEMUDAHAN

  • Elaun dan kemudahan yang dibayar adalah mengikut kadar elaun dan kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa ;
  • Elaun dan kemudahan pegawai akan dibayar terus oleh Bahagian Biasiswa, KPT;
  • Elaun dan kemudahan bagi keluarga pegawai akan dibiayai oleh pihak universiti.
  • Gaji yang diterima oleh pegawai semasa berkursus akan dibayar oleh pihak universiti.

 

JENIS-JENIS ELAUN DAN KEMUDAHAN

  1. Elaun Sara Hidup : Dibayar setiap 3 bulan sekali.
  2. Elaun Buku : Dibayar setahun sekali.
  3. Elaun Alat Perkakas : Dibayar setahun sekali.
  4. Elaun Pakaian Panas : Dibayar sekali bagi Negara beriklim sederhana.
  5. Elaun Penempatan : Dibayar sekali sebelum ke luar negeri.
  6. Yuran Pengajian : Dibayar kepada universiti berdasarkan invois yang diterima.
  7. Elaun Tesis : Dibayar sekali setelah tamat pengajian dengan menyertakan sesalinan tesis.
  8. Elaun Akhir Pengajian : Dibayar sekali diakhir pengajian.
  9. Tambang Perjalanan : Tambang kapal terbang sekali pergi dan balik atas kelas ekonomi.
  10. Rawatan Perubatan :
    1. Menjalani pemeriksaan kesihatan.
    2. Insuran kesihatan
    3. Bil rawatan di hospital dan klinik Kerajaan
    4. Rawatan pergigian terhad kepada mencabut dan menampal gigi.
    5. Sakit teruk berpanjangan – rawatan di Malaysia.

 

TEMPOH PENAJAAN

  1. United Kingdom
    Sarjana - 12 bulan
    PhD - 36 bulan
  2. Amerika Syarikat, Malaysia dan Negara-negara lain
    Sarjana - 18 / 24 bulan
    PhD - 36 bulan

 

MUAT TURUN BORANG

Borang berkaitan boleh didapati di pautan Muat Turun Borang kolum Pensyarah IPT.
 

PERMOHONAN / PERTANYAAN

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.
Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama   03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839
E-mel : bs@mohe.gov.my

No comments:

Post a Comment