Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 5 August 2013

Ramadhan di Brisbane


Agak lama rasanya tak menjengah blog ni bukan disebabkan kesibukan tetapi masa untuk menulis telah diperuntukkan untuk menulis perkara yang lebih aula
(Preparation for writing a confirmation document).
Sedar tak sedar sudah hampir setahun berada di Brisbane dan Ramadhan pun telah hampir ke penghujung..
Alhamdulillah..
Berpuasa di tempat orang tidaklah mencabar seperti berpuasa di sesetengah negara lain apatah lagi berpuasa di musim Winter ni (cuaca yang redup dan sejuk)..
tempoh berpuasa agak singkat (hanya 12 jam sahaja)berbanding di Malaysia (14 jam). Mendengar pengalaman rakan2 yang berpuasa di UK, agak mengagumkan kerana
mereka perlu bertahan sehingga 18-19 jam apabila berpuasa di musim Summer. Di sini, masih berpeluang untuk solat tarawih secara jemaah di UQ Multi-Faith Center (MFC).
Solat terawih di sini hanya 8 rakaat dan witir 3 rakaat.
Alhamdulillah..
Baru2 ni aku berpeluang untuk merasai nikmat Iftar Jamaiee' bersama anak2 di UQ Lake dan MFC.Seronok juga berbuka ramai2 dalam keadaan 'open air'.


I have to go now..to prepare something for Iftar.

Sedikit perkongsian..



Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya
(dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya." (Hadith riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia
(orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)

Saturday 3 November 2012

After 5 weeks in Brisbane

Alhamdulillah...

Aku masih lagi diberi kesempatan utk melakarkan sesuatu di dalam blog ini setelah beberapa ketika menyepikan diri dek beberapa perkara yang perlu diselesaikan apabila berada di tempat orang dan apabila diberi peluang untuk bergelar mahasiswi semula (Dalam hati pandai juga aku tulis ayat sastera..maaf ye org sastera kalau penggunaan ayatnya kurang uummph).

Alhamdulillah..penempatan sementara yang memuaskan (aku dah book sewaktu aku berada di Malaysia lagi)..Aku stay di apartment yang jaraknya dalam 4 km dari universiti.

Percaya atau tak..aku pernah jog dr rumah ke universiti (tak sangka dgn kemampuan diri sendiri yg ble jog up to 8km). Dulu masa kat Malaysia..nk pusing 3 track pun sakit..Tapi yg bestnya walaupun jogging sampai 1 jam..tp badan tak berpeluh pun dan aku percaya kalau aku jog kat Malaysia..believe me jog in an hour..sure I'm wet with sweat.Yerla perbezaan cuaca di sini dengan angin yg sejuk sehingga kulit boleh kering..bibir merekah..I can't imagine if I'm in winter time. Come on dear..this is only Spring.

Kalau nak dibandingkan negara maju dengan Malaysia(negara yang sedang membangun) mmg tak terbanding.. it's not only about the building or technology..it's about civilization..percaya atau tak..driving in Brisbane is more relax than driving in Ipoh not KL ok..kalau bw kereta perlahan pun..takkan ada yg cucuk2 kat belakang..takde yg bg lampu..takde yg menyelit2..dan tak akan ada driver yg tak bg jalan once we give signal to move to other lane.How civilized they are..They always give way to others.

Paling best..aku ada banyak masa bawa anak ke park..park di sini sangat bersih dan terjaga..pernah juga layan BBQ kat park. People here love sport. So..it's really exciting to join any sport. Satu perkara lg yg tak pernah berlaku kat Malaysia..solat raya di sini pun kat Park..Baru2 ni aku sekeluarga berpeluang untuk solat raya haji di Guyatt Park.


Seperkara lagi yang aku tak pernah layan kat Malaysia tapi kat sini yang tula aku layan..jengjengjengggg..second hand items / used items (sampai kena kutuk dgn Mr.Hubby - konon tak layan brg 2nd hand). Kalau nak beli barang2 atau peralatan rumah majority kat sini termasukla aku takkan beli barang baru..kebanyakkannya akan beli di garage sales..gumtree.com ala2 website lelong.com dan barangan kanak2 selalu ada dekat kid's market dengan harga yg sangat murah dan berbaloi. Alhamdulillah..so far barang2nya elok dan masih boleh digunapakai.Giler tak nak..brg2 home appliances tu ble dpt dgn harga $2, $3 $5. Bg yg lyn bundle..baju2 yg masih elok bolah didapati di car boot sales dengan harga 50cent, $1 and $2..kdg2 ble dpt free jer..giler tak layan used items. Nak beli brg2 baru tak mampula..namapun student..layan jela brg second hand pun.

Kalau nak cerita banyak sebenarnya..tak termampu nak cerita semua tp yg paling BEST..aku n hubby sgt2 rajin masak kat sini..kalau tak masak kebuluranla jawabnya..mana ada kat sini kedai mamak 24hours..kedai2 makan yg buka sampai late night ker..huhuuu.Dan yg tak pernah aku sangka aku boleh buat sushi..punyala teringin nk makan..first try dapat hasil yg membanggakanla juga..layan sushi sekejap..korang layan gambar jela yer..

Huhuuuu..walaupun presentation tu masih kurang kemas tp rsnya sedappp sehingga hubby dan anak2 aku puji melangit.Tu yg buat semangat nak cuba benda2 baru..nak try buat desert pula lepas ni.Oklaa..sekarang nipun dh pukul 5.15pg..nak sediakan breakfast pula..kat sini pukul 5pg dh terang..kalau solat Subuh waktu ni dh kira Subuh gajah dah.Okla..next time kita share lg dgn you all k..Bye.

Sekadar renungan..


ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

So..marilah kita sama-sama membuat kebaikkan dan kebajikan serta perbanyakkan amalan sempena bulan Muharam yg akan dtg ini.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)