Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 5 August 2013

Ramadhan di Brisbane


Agak lama rasanya tak menjengah blog ni bukan disebabkan kesibukan tetapi masa untuk menulis telah diperuntukkan untuk menulis perkara yang lebih aula
(Preparation for writing a confirmation document).
Sedar tak sedar sudah hampir setahun berada di Brisbane dan Ramadhan pun telah hampir ke penghujung..
Alhamdulillah..
Berpuasa di tempat orang tidaklah mencabar seperti berpuasa di sesetengah negara lain apatah lagi berpuasa di musim Winter ni (cuaca yang redup dan sejuk)..
tempoh berpuasa agak singkat (hanya 12 jam sahaja)berbanding di Malaysia (14 jam). Mendengar pengalaman rakan2 yang berpuasa di UK, agak mengagumkan kerana
mereka perlu bertahan sehingga 18-19 jam apabila berpuasa di musim Summer. Di sini, masih berpeluang untuk solat tarawih secara jemaah di UQ Multi-Faith Center (MFC).
Solat terawih di sini hanya 8 rakaat dan witir 3 rakaat.
Alhamdulillah..
Baru2 ni aku berpeluang untuk merasai nikmat Iftar Jamaiee' bersama anak2 di UQ Lake dan MFC.Seronok juga berbuka ramai2 dalam keadaan 'open air'.


I have to go now..to prepare something for Iftar.

Sedikit perkongsian..



Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya
(dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya." (Hadith riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia
(orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment