Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday 23 September 2011

Fellowship scheme


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti dan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan Skim Latihan Pensyarah IPTA (SLAI) anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/Profesional dalam bidang-bidang seperti mana diiklankan;



 FAKULTI/ BIDANG

Fakulti Bidang
> Fakulti Pendidikan dan Pembangunan manusia
> Fakulti Seni, Komputeran, dan Industri Kreatif  
>
Fakulti Sains Kemanusiaan
>
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
>
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
>
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
 
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan BIDANG PENGKHUSUSAN, sila berhubung terus dengan pihak fakulti yang berkenaan. Klik disini
 KEMUDAHAN/ ELAUN

Perincian elaun dan kemudahan skim latihan fellowship(Pelatih Akademik/Tutor). Klik di sini untuk maklumat lanjut .

 SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

** Calon-calon mestilah mempuyai :-

a)Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D.)
** Memperolehi kelayakan Sarjana Muda dengan kelulusan CGPA 3.0 ke atas.
** Berumur tidak melebihi 40 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D pada 31 Disember 2011.
** Menyertakan cadangan penyelidikan yang lengkap untuk permohonan peringkat Ph.D.
** Menyertakan surat tawaran pengajian peringkat PhD (sekiranya ada)
** Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Firma.
** Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

 CARA MEMOHON
Sila layari laman web UPSI di http://bsm.upsi.edu.my/fs/register.html untuk pendaftaran secara online dan memuat turun (download) borang dan mengemukakan dalam satu (1) salinan kepada :
Unit Perjawatan Akademik Bahagian Sumber Manusia Tingkat 1, Bangunan Canselori Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
PERAK DARUL RIDZUAN

Sila tandakan “ Permohonan Fellowship” dan nyatakan bidang pengkhususan di sudut kiri sampul surat permohonan semasa menghantar borang permohonan tersebut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Sepanjang tahun

Perhatian !!
Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa dikehendaki mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dengan memperolehi skor minima:

  • Pengajian Luar Negara : IELTS 6.5/TOEFL 600(PBT)/TOEFL 240 (CBT)
Pemohon digalakkan membuat persediaan awal dengan berusaha untuk mendapatkan tempat pengajian sendiri di Universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Sila berhubung dengan Fakulti berkenaan untuk maklumat lanjut berhubung bidang yang dipohon.

No comments:

Post a Comment